Judul : (7 Gambar) Pelancong Amerika Nyaris Dirogol Di Krabi
link : (7 Gambar) Pelancong Amerika Nyaris Dirogol Di Krabi
(7 Gambar) Pelancong Amerika Nyaris Dirogol Di Krabi
Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dirawat di hospital akibat patah tulang belakang selepas terjatuh dari tebing bukit ketika cuba melarikan diri dari seorang lelaki yang cuba merogolnya.Polis berkata, Hannah Gavios, 23, diserang pada 1 September lalu ketika melancong di Krabi, selatan Thailand.
Hannah memberitahu polis, seorang lelaki tempatan menawarkan diri menghantarnya pulang ke hotel selepas dia sesat pada waktu malam.
Bagaimanapun, lelaki itu membawanya ke satu kawasan terpencil dan cuba merogolnya.
“Saya melawan dan menggigit telinga lelaki itu sebelum berlari menyelamatkan diri, tetapi terjatuh di tebing bukit setinggi 45 meter,” katanya.
Menurutnya, dia tidak boleh bergerak kerana patah tulang belakang dan lelaki itu terus mencabulnya walaupun dia terbaring kesakitan.
Lelaki itu menemani Hannah sepanjang malam sebelum pasukan penyelamat datang menyelamatkannya keesokan harinya.
Jurucakap polis Krabi, Attapong Sanjaiwut berkata, suspek ditahan tidak lama selepas kejadian dan bakal didakwa tidak lama lagi.
Menurutnya, polis bakal mengambil keterangan mangsa sebelum wanita itu dibenarkan pulang ke negara asalnya.
Demikianlah Artikel (7 Gambar) Pelancong Amerika Nyaris Dirogol Di Krabi
Sekianlah artikel (7 Gambar) Pelancong Amerika Nyaris Dirogol Di Krabi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (7 Gambar) Pelancong Amerika Nyaris Dirogol Di Krabi dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/7-gambar-pelancong-amerika-nyaris.html