'50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal'

'50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul '50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : '50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal'
link : '50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal'

Baca juga


'50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal'

15/11/15

Sebanyak 50 laporan polis akan dibuat di seluruh negara terhadap Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kejadian yang berlaku di Ampang Point Sabtu lalu.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, beliau sendiri membuat laporan polis ke atas Jamal kerana bertindak kasar terhadap tiga pengikutnya.
“Laporan polis itu yang mana saya sendiri akan buat. Ia kerana Jamal telah membuat ugutan dan ancaman kepada anggota-anggota saya yang dia nak cincang-cincang.

“Jadi dia (Jamal) adalah orang yang berbahaya. Kita ada 50 laporan yang kita akan buat kerana pengikut saya telah dikasari oleh Baju Merah pada 13 hari bulan lalu,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Zuraida berkata wakil beliau, antaranya dari Selangor dan Perak akan membuat laporan berkenaan bagi mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas siri ugutan yang dibuat Jamal.

Zuraida hari ini turut membuat laporan polis terhadap Jamal dengan ditemani kira-kira 20 penyokongnya yang lain.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang Point.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama kumpulan Baju Merah mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah itu.
Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya. Jamal yang jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu memberitahu akan bertindak balas.

Sementara itu Zuraida turut menyarankan semua pihak agar membuat laporan polis terhadap ketua bahagian Umno Sungai Besar itu di seluruh negara.
“Saya menyarankan semua pihak buat laporan polis terhadap keganasan dan kebuasan Jamal ini kerana seolah-olah berleluasa.

"Dia tak puas hati kerana darahnya telah tumpah di Ampang.
“Selama ini di tempat lain dia membuli orang, dia pukul orang tapi di Ampang kebetulan darah dia dah tumpah," katanya.


Demikianlah Artikel '50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal'

Sekianlah artikel '50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel '50 laporan polis akan dibuat terhadap Jamal' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/50-laporan-polis-akan-dibuat-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: