Judul : 1MDB, di M'sia TIADA SESIAPA Bersalah, di Singapura: Bekas Pengarah BSI dipenjara, didenda
link : 1MDB, di M'sia TIADA SESIAPA Bersalah, di Singapura: Bekas Pengarah BSI dipenjara, didenda
1MDB, di M'sia TIADA SESIAPA Bersalah, di Singapura: Bekas Pengarah BSI dipenjara, didenda
SINGAPURA, 12 Safar 1438H, Sabtu – Bekas Pengarah Urusan Bank Swiss BSI, Yak Yew Chee dijatuhi hukuman penjara 18 minggu berserta denda sebanyak $24,000 (RM 75,000) selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan jenayah.
Yak, 57, melakukan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dia yang merupakan pengurus hubungan kepada pembiaya Malaysia, bekerjasama dengan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam menguruskan akaun 1MDB untuk BSI.
Pada Oktober lalu, Yak didakwa atas tujuh pertuduhan jenayah berkaitan dengan siasatan 1MDB di Singapura.
Peguam Yak, Lee Teck Leng berkata, menerusi pengakuan rayuannya, Yak benar-benar menyesal dan telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Komersial dalam siasatan itu.
Menurut laporan, Yak dikatakan menerima arahan daripada Low untuk melakukan kegiatan itu yang mana Low bukan sahaja klien utama tetapi pelanggan terbesar BSI sehingga menarik beberapa entiti lain untuk menjadi klien BSI.
“Low merupakan individu berkepentingan dalam meneruskan siasatan terhadap kegiatan pengubahan wang haram bernilai berbilion dolar itu,” kata polis Singapura.
Demikianlah Artikel 1MDB, di M'sia TIADA SESIAPA Bersalah, di Singapura: Bekas Pengarah BSI dipenjara, didenda
Sekianlah artikel 1MDB, di M'sia TIADA SESIAPA Bersalah, di Singapura: Bekas Pengarah BSI dipenjara, didenda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 1MDB, di M'sia TIADA SESIAPA Bersalah, di Singapura: Bekas Pengarah BSI dipenjara, didenda dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/1mdb-di-msia-tiada-sesiapa-bersalah-di.html