PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI

PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI
link : PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI

Baca juga


PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI






Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Pakatan Harapan (PH) tertipu dengan helah mereka sendiri kerana menjangkakan BN akan mengumumkan calon pada petang tadi sehingga mereka mengubah jadual asal mereka.

Jelas beliau, pada hari ini BN akan melancarkan jentera dan bukannya mengumumkan calon PRK Tanjung Piai.

“Sebelah sana tertipu dengan kita dan dia (PH) mengatakan menamakan calon 30 Okt, tetapi apabila mendengar BN hendak mengumumkan pada 28 Okt, jam empat petang dan pihak PH mengumumkan terlebih awal jam dua petang.

“Jadi ia (PH) tertewas dan BN tidak akan mengumumkan hari ini… kita kena bijak dan ada strategi yang betul,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran jentera BN di Bilik Gerakan Utama BN bersama tiga ribu pengunjung yang hadir, di sini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Naib-naib Presiden UMNO, ketua sayap-sayap dan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin dan ‘Friends of BN’.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor menambah pada PRK Tanjung Piai ini, BN akan tetap bersama dengan wira-wira yang tidak bernama, tidak didendang dan tidak berpangkat.

“Wira-wira inilah yang akan mengangkat maruah dan ini perlu diambil kesempatan terhadap pentadbiran PH yang semakin celaru.

“Wira-wira ini ramai di tikar-tikar masjid, pasar-pasar dan juga wira-wira yang sedang melabuh bot-bot di jeti nelayan. Wira-wira inilah yang tidak bernama dan berpangkat. Wira-wira inilah yang akan turut berkempen untuk memenangi PRK Tanjung Piai ini,” ujarnya lagi.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut percaya dengan kekuatan jentera UMNO dan BN pusat, Negeri-negeri, Bahagian-bahagian, Friends of BN, MCA, MIC, PAS dan juga jentera-jentera dari seluruh negeri akan dapat membantu parti memenangi PRK ini.

Tambahnya lagi, dianggarkan hampir lima ribu jentera yang akan membantu BN juga menjadi tunjang utama bagi memenangi PRK Tanjung Piai.




Demikianlah Artikel PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI

Sekianlah artikel PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRK TG PIAI: PH TERTIPU HELAH SENDIRI dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2019/10/prk-tg-piai-ph-tertipu-helah-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: