KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA

KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA
link : KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA

Baca juga


KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA







Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon penjelasan daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berikutan tindakan mempertahankan timbalannya, Teo Nie Ching berkaitan komik propaganda, ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.’

“Akhirnya, sebagaimana jangkaan, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik membuka mulut mempertahankan Timbalan Menterinya merangkap Setiausaha Antarabangsa Dap dengan menegaskan bahawa Teo Nie Ching tidak menyokong komik propaganda tersebut.

“Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini merayu dan menyeru, wahai Menteri yang bijaksana, berkatalah yang benar walaupun pahit dan janganlah sesekali dilihat terlalu tunduk kepada Dap sehingga sanggup pertahankan mereka walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah!” bidas Dr Asyraf menerusi laman sosialnya.

Dilaporkan, semalam Dr Maszlee memaklumkan di Dewan Rakyat, menjadi kelaziman kepada mana-mana pengarang untuk untuk mengambil gambar apabila menghadiahkan buku-buku mereka sama ada kepada menteri-menteri mahupun ahli Parlimen.

Namun demikian, Dr Asyraf meminta sebelum Dr Maszlee terus mempertahankan Timbalannya moleklah beliau memberikan penjelasan kepada 6 persoalan berikut:

1. Apakah benar YB yakin kerajaan tidak mengiktiraf komik tersebut sedangkan terang-terang Pengerusi Dap yang juga Duta Khas Malaysia ke China sendiri yang menulis prakata yang mendokong komik tersebut?

2. Apakah benar YB yakin Dap tidak terlibat dengan komik propaganda tersebut sedangkan Menteri Kewangan sendiri selaku Setiausaha Agong Dap turut menulis prakata mengesyorkan komik tersebut?

3. Apakah benar YB yakin Timbalan Menteri YB tidak menyokong komik propaganda tersebut sedangkan semua bukti yang tersebar di media sosial menunjukkan Dap adalah tulang belakang penerbitan komik tersebut termasuklah hak ciptanya (copyright) dimiliki Dap dan penerbitannya dicatatkan dalam komik oleh pejabat Dap Kuala Lumpur?

4. Apakah benar YB yakin Timbalan Menteri YB tidak tahu langsung akan pengedaran komik tersebut ke 2,500 sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia, sedangkan ia dilakukan hanya dua minggu selepas pertemuan rasmi penyerahan komik dibuat oleh pelukisnya Hew Kuan Yau kepada Teo di pejabat Timbalan Menteri?

5. Apakah YB percaya dengan penuh yakin bahawa tiada perbincangan dilakukan antara Teo Nie Ching dengan Superman Hew berkenaan komik tersebut sedangkan Hew Kuan Yau dalam bahasa Cina sendiri mengaku beliau telah memberi taklimat bagaimana ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ (yang juga tajuk komik itu) memberi manfaat kepada pelajar sekolah?

6. Apakah YB bersedia untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelukis komik propaganda Dap itu yang menggambarkan bangsa YB sendiri orang Melayu sebagai rasis, chauvinis bahkan radikal termasuklah karikatur dalam komik yang menggambarkan Melayu radikal kerana menyokong etnik minoriti Uighur yang dizalimi Kerajaan China?




Demikianlah Artikel KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA

Sekianlah artikel KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOMIK PROPAGANDA: 6 SOALAN UNTUK DR MASZLEE SEBELUM MEMPERTAHANKAN TIMBALANNYA dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2019/10/komik-propaganda-6-soalan-untuk-dr.html

Subscribe to receive free email updates: