[KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1

[KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1
link : [KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1

Baca juga


[KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1






Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menaik taraf Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan surat kelulusan projek berkenaan kepada Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di masjid berkenaan semalam.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Dato' Sri Abdul Wahid Wan Hassan dan Imam Masjid Negeri, Dato' Badli Shah Alauddin.

Mohamed Azmin berkata, peruntukan itu antara lain bagi tujuan kerja-kerja pendawaian elektrik baharu, audio visual dan membaiki bumbung yang bocor.

Katanya, ia adalah usaha bersama untuk melihat institusi masjid dan surau dapat terus diimarahkan menerusi aktviti-aktiviti serta program yang diatur oleh pengurusannya.

"Sudah tentu untuk menjayakan usaha ini kita memerlukan kemudahan yang lebih baik apatah lagi ini adalah Masjid Negeri yang menjadi tumpuan bagi umat Islam di negeri ini.

"Banyak ketika masjid ini menerima ramai jemaah dan ia memerlukan kerja-kerja menaik taraf oleh kerana masjid ini sudah berusia," katanya selepas Majlis Penyerahan Mock Cheque dan Surat Kelulusan Projek Menaik Taraf Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di masjid berkenaan.

Menurut Mohamed Azmin, kementeriannya bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri

mengambil masa kira-kira dua minggu untuk meneliti permohonan yang dikemukakan kerajaan negeri serta pengurusan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 sebelum meluluskan peruntukan berkenaan.

Sementara itu, Wan Rosdy berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang meluluskan peruntukan itu dalam tempoh yang singkat selepas permohonan dibuat kira-kira dua minggu lepas semasa Mohamed Azmin berada di negeri untuk menghadiri Sesi Libat Urus Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kerajaan negeri.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1

Sekianlah artikel [KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] RM3 JUTA NAIK TARAF MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2019/08/kuantan-rm3-juta-naik-taraf-masjid.html

Subscribe to receive free email updates: