MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA

MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA
link : MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA

Baca juga


MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA








Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai misi perdagangan Kerajaan Negeri ke Singapura selama dua hari pada 1 dan 2 Ogos ini.

Bersempena dengannya, ‘Forum Pelaburan Pahang 2019’ (PIF; Pahang Investment Forum 2019) akan diadakan di sebuah hotel terkemuka yang dijangka dihadiri lebih 150 peserta termasuk dalam kalangan syarikat-syarikat serta syarikat-syarikat multinasional yang berpejabat di negara republik itu.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang dikeluarkan di sini, PIF 2019 ialah anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura dan Persekutuan Pengilang-pengilang Singapura (SMF; Singapore Manufacturers Association).

Pada hari pertama PIF 2019 menurut kenyataan itu, Datuk Seri Wan Rosdy dijangka menyampaikan Ucaptamanya yang antara lain menyentuh tentang tarikan-tarikan menarik bagi pelabur untuk melabur ke negeri ini.

Yang turut hadir dan berucap sebelum Ucaptama oleh Menteri Besar ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zainol Rahim Zainuddin, dan Presiden SMF, Encik Douglas Foo.

Pengisian lain PIF 2019 ialah Perbincangan Panel (Panel Discussion) bertajuk – ‘Peluang Pelaburan di Pahang’ yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi, Pahang Skills, Datuk Mas’ut Awang Samah.

Ahli-ahli panel yang terlibat dalam sesi Panel Perbincangan ini antara lainnya ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Encik Ahmad Tajudin Omar dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Singapura; dan Encik Nik Mohd Zaidi Nik Mohd Zain dari Isuzu HICOM Malaysia Sdn Bhd.

Dalam pada itu menurut kenyataan yang sama lagi, Datuk Seri Wan Rosdy akan turut mengadakan sekurang-kurangnya lima (5) Perjumpaan Perniagaan (Business Meetings) dengan wakil-wakil syarikat terkemuka Singapura.

Kedua-dua Ahli Exco Kerajaan Negeri yang turut serta dalam misi perdagangan ini – Datuk Seri Mohd Sharkar dan Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak dijangka turut mengadakan sesi Perjumpaan Perniagaan secara berasingan dengan wakil-wakil syarikat yang berkenaan.

Pada hari kedua pula, Jumaat, 2 Ogos menurut kenyataan itu lagi, akan diadakan majlis menanda tangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak, dengan syarikat-syarikat terbabit.

Menteri Besar akan menyaksikan majlis tersebut, yang menandakan komitmen serta persetujuan syarikat-syarikat berkenaan untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi ke negeri ini.


Demikianlah Artikel MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA

Sekianlah artikel MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB PAHANG KETUAI MISI PERDAGANGAN KE SINGAPURA dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2019/07/mb-pahang-ketuai-misi-perdagangan-ke.html

Subscribe to receive free email updates: