[KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK'

[KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK'
link : [KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK'

Baca juga


[KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK'






Tubuhnya kecil sahaja. Sambil memakai serban, dia berjalan sekitar bandar ini dengan leher digantung sekeping kadbod lantas menarik perhatian orang ramai.

Kadbod itu tertera tulisan: 'Topup Bergerak Kuantan' dan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen.

Ada mata memandang gerak lakunya penuh sinis, tidak kurang juga yang menanyakan pelbagai soalan.

Namun apa pun pandangan masyarakat, Mohd Hasyir Md Yusof, 30, tidak pernah peduli dengan semua itu kerana baginya, rezeki adalah kurniaan ALLAH SWT.

Menurut Mohd Hasyir, dia langsung tidak berasa malu melakukan pekerjaan ini, malah bersyukur dan gembira kerana sedikit sebanyak dia memudahkan urusan orang ramai yang mahu mendapatkan kad tambah nilai dan membuat pembayaran bil utiliti.

“Malu itu saya buang ke tepi sebab rezeki ALLAH bagi, tapi saya kena berusaha.

“Jadi, saya pun jalankan perkhidmatan sebegini kerana ini saja yang saya mampu buat untuk tampung kehidupan. Sebelum ni saya banyak bertukar kerja akibat penyakit sawan yang dialami sejak kecil,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di hadapan masjid negeri, semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Ubi berkata, penyakit sawan yang menyerang tidak kira masa menyebabkan sukar untuk dirinya kekal dengan satu pekerjaan.

Tambahnya, disebabkan itu dia merasakan kerja makan gaji tidak sesuai untuk dirinya apabila banyak menyusahkan majikan dan mahu bekerja sendiri.

Mohd Hasyir berkata, dia kemudian memula menjual kad tambah nilai secara bergerak Ramadan tahun lalu dan ketika itu hanya menumpukan di sekitar bazar Ramadan Jalan Mahkota, di sini.



Mohd Hasyir


“Masa itu pelanggan saya adalah peniaga gerai di bazar tersebut dan mereka suka dengan khidmat bergerak sebegini sebab mudahkan urusan.

“Lepas itu saya ambil keputusan untuk meneruskan aktiviti penjualan kad tambah nilai itu secara bergerak ini,” katanya.

Ceritanya lagi, dia menggunakan telefon bimbit untuk membuat tempahan kad tambah nilai yang dikehendaki pelanggan dan nombor kad berkenaan akan keluar menerusi alat khas yang dipakai di pinggangnya.

“Saya ini boleh diibaratkan sebagai kedai serbaneka bergerak. Saya cakap macam itu sebab orang ramai bukan boleh beli kad tambah nilai saja, tapi bayar bil utiliti tertentu, semuanya di hujung jari.

“Justeru ramai yang yang anggap kehadiran saya memudahkan mereka," katanya.

Dia mengakui mampu meraih keuntungan sekitar RM600 sebulan menerusi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Selain itu, Mohd Hasyir berkata, untuk berjaya bukan sesuatu yang mudah dan perlu berusaha gigih.

“Jika dulu saya terpaksa bertungkus-lumus bagi memperolehi pelanggan, kini saya sudah dikenali dan kadang kala pelanggan menghubungi saya untuk dapatkan perkhidmatan,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK'

Sekianlah artikel [KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] 'SAYA IBARAT KEDAI SERBANEKA BERGERAK' dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2019/07/kuantan-saya-ibarat-kedai-serbaneka.html

Subscribe to receive free email updates: