Serang Tun M punca Umno tersungkur

Serang Tun M punca Umno tersungkur - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serang Tun M punca Umno tersungkur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serang Tun M punca Umno tersungkur
link : Serang Tun M punca Umno tersungkur

Baca juga


Serang Tun M punca Umno tersungkur

Sinar Harian
Serang Tun M punca Umno tersungkur
Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang ketika sedang bersidang di Hotel Amansari Bandar Seri Alam, hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
PASIR GUDANG - Tindakan Umno yang memilih untuk menyerang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemerintahannya lalu diakui menjadi salah satu sebab parti tersebut ditolak pada PRU14.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika memegang kuasa parti itu telah lupa batas moral serta sewenangnya menafikan jasa negarawan tersebut.
“Saya tidak bermaksud yang Dr Mahathir itu semunya betul. Saya juga tidak bersetuju dengan banyak tindakan beliau.

“Cuma, yang harus kita akui, kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan beliau. Secara matang dan strategik. Jadi kita ambil jalan mudah iaitu kita caci dan hina beliau.
“Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi semakin marah kepada kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Umno yang gagal berpegang pada nilai sebenar kewujudannya iaitu berbakti kepada rakyat juga merupakan faktor penolakan itu berlaku.

“Tapi kita melakukan sebaliknya.Kita juga jadikan Umno ini, jalan untuk mencari pengaruh, kekayaan dan segala kenamaan serta Bukan menjadikan parti ini gerakan amal dan bakti untuk bangsa,” katanya.

Menurutnya, gerakan parti yang tunduk kepada presiden serta memilih penafian untuk terus berkuasa sesuatu yang tidak seharusnya dibuat sejak dahulu.

“Kita takut berkata benar pada presiden. Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul, saya dengan jelas mengingatkannya bahawa Umno ini bermasalah, dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.
“Tetapi disebabkan itu saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang,” katanya.

Justeru, katanya, sekiranya Umno selepas ini mahu bangkit, elemen seperti ini harus dihakis selain perlunya ditanam semangat baharu untuk meredah dugaan beraksi di pentas politik Malaysia baharu.



Demikianlah Artikel Serang Tun M punca Umno tersungkur

Sekianlah artikel Serang Tun M punca Umno tersungkur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serang Tun M punca Umno tersungkur dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2018/06/serang-tun-m-punca-umno-tersungkur.html

Subscribe to receive free email updates: