2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi

2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi
link : 2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi

Baca juga


2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi

coffee 
GEORGE TOWN: Dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dipercayai selepas meminum sejenis kopi.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata 2 lelaki itu masih menerima rawatan di HPP dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

“Mereka mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP hari ini kerana mengalami beberapa simptom antaranya letih dan lemah yang teruk. Dua lelaki itu mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi.
“Pihak kami menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata pihaknya juga akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji bagi memastikan sama ada ia berpunca daripada minuman itu atau tidak.
Dr Wan Mansor berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat keputusan berhubung ujian terhadap mangsa dan sampel kopi berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengalami simptom sama supaya mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital berdekatan mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini berkata pihaknya mengesan berita yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp berhubung beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan di HPP selepas meminum sejenis kopi.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada umum sebaik mendapat kepastian.

“Masyarakat dinasihat supaya menjaga kebersihan dan keselamatan makanan atau minuman serta segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan sekiranya mengalami apa-apa gejala penyakit,” katanya


Demikianlah Artikel 2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi

Sekianlah artikel 2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2018/01/2-dimasukkan-ke-hospital-selepas-minum.html

Subscribe to receive free email updates: