[LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA

[LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA
link : [LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA

Baca juga


[LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA


Indah walau hanya seketika


Keinginan untuk melihat pemandangan awan karpet di puncak Bukit Botak mengatasi rasa bimbang ketika mendaki lantaran musim hujan kini.

Berbekalkan keinginan itulah, sekumpulan pendaki daripada ahli kelab Jengka Team Hiker (JTH) seramai 33 orang nekad meneruskan pendakian. 

Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan pada musim begini, keadaan laluan daki yang licin bakal memberi cabaran besar selain turut bergantung kepada nasib.

Kebisaannya awan karpet lebih mudah dilihat jika hujan di sebelah petang dan cerah pada keesokan paginya.

Pengendali kelab, Maimunah Shaari, 46, berkata, Bukit Botak terletak di Felda Lepar Utara, di sini bukanlah lokasi asing buat peminat sukan daki di sekitar daerah ini.

Puncaknya yang terletak pada ketinggian 270 meter dari aras laut memerlukan masa lebih dua jam untuk ditawan.

Maimunah berkata, mereka memulakan perjalanan dari Bandar Jengka seawal jam 6.30 pagi dan memakan masa sekitar 45 minit untuk tiba di kaki bukit.

“Nasib kurang baik buat kami kerana cuaca sejuk dengan hujan renyai yang tidak berhenti sejak subuh lagi. Kami diberikan taklimat sebaik tiba di titik pertemuan. Dengan dibantu jurupandu, kami memulakan pendakian pada jam 8.05 pagi melalui kawasan ladang kelapa sawit,” katanya.

Geng pendaki JTH berpeluang merakam kenangan di puncak bukit.


Memakan masa lebih kurang satu jam untuk tiba di kawasan tepi hutan, cabaran perjalanan kumpulan pendaki itu bermula apabila laluan daki menjadi agak licin dan berselut.

“Kami menelusuri denai hutan di mana semakin kami mendaki, cuaca ketika itu semakin sejuk dengan hujan yang sekali-sekala menjadi lebat.

“Pada ketinggian 100 meter pendakian, pemandangan semakin berkabus. Namun mungkin disebabkan hujan ketika itu, awan karpet belum kelihatan sedikit pun.

“Kami tetap gembira meneruskan perjalanan dan menaruh harapan moga tiba di puncak kami dapat melihat awan karpet dan selain berharap matahari akan muncul,” katanya.

Nekad lawan fobia

Maimunah berkata, semakin tinggi pendakian, semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi di mana pada ketinggian 240 meter, pendaki terpaksa memanjat lereng batu menggunakan tali.

“Di sini keadaan mencabar minda peserta. Ada yang gayat, takut, dan ada yang terpaksa dipujuk untuk naik dan meneruskan perjalanan. Dengan semangat kerjasama perjalanan kami berjalan lancar,” katanya.

Untuk sampai ke puncak pada ketinggian 270 meter, Maimunah berkata, kekuatan mental dan fizikal perlu dipertingkatkan memandangkan trek yang dilalui semakin mencabar dan jika tersilap langkah, pasti mengundang bahaya.

“Perjalanan mendaki menjadi perlahan kerana trek yang agak kejam bagi peserta yang baharu dan peserta yang takut pada ketinggian.

“Setelah lebih dua jam, kami tiba di puncak disambut dengan kabus tebal dan hujan renyai. Tiada awan karpet yang kelihatan namun jelas terpancar kepuasan pada wajah peserta kerana berjaya menawan puncak Bukit Botak,” katanya.

Meskipun begitu, kekecewaan mereka sedikit terubat apabila awan karpet muncul seketika sebaik sahaja hujan berhenti, namun hilang semula apabila hujan kembali turun.

Berjaya buru hajat

Bagi Maimunah, berjaya memburu awan karpet meskipun hanya seketika cukup beri pengalaman bermakna buatnya tambahan pula pendakiannya kali ini disertai anak perempuannya Nur Alieya Arissya, 11.

“Alieya adalah pendaki termuda dan suatu kebanggaan buat saya kerana dapat melihatnya berjaya mendaki,” katanya.

Setelah hampir dua jam berada di puncak, mereka memulakan perjalanan turun di mana sekali lagi terpaksa menggunakan tali kerana trek semakin licin kerana hujan semakin lebat.

“Ada antara peserta tergelincir namun syukur Alhamdulillah semuanya selamat turun dengan bantuan jurupandu berpengalaman,” katanya.

Tambahnya, meskipun pemandangan awan karpet hanya muncul seketika, namun mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menawan Bukit Botak.

“Ia adalah aktiviti yang amat bagus untuk kesihatan sekali gus menggalakkan anak muda melakukan aktiviti sihat sebegini," katanya sambil memberitahu mereka berhasrat tawan lebih banyak puncak bukit.




Demikianlah Artikel [LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA

Sekianlah artikel [LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LEPAR] INDAH WALAU HANYA SEKETIKA dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2017/11/lepar-indah-walau-hanya-seketika.html

Subscribe to receive free email updates: