[KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM'

[KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM'
link : [KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM'

Baca juga


[KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM'


‘Adik jerit ibu kena tikam’


“Ibu kena tikam.. ibu kena tikam,” itu jeritan didengari Mohd Abid sebaik memasuki rumahnya selepas pulang dari sekolah, tengah hari semalam.

Kanak-kanak berusia lapan itu berkata, jeritan itu datang dari adiknya, Mohd Aqil yang memaklumkan ibunya, Norhasilah Ismail, 34, maut ditikam di rumah mereka di Kampung Hijrah, Penor, di sini.

Menurutnya, pada waktu itu dia baru pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama bapanya, Nasrul Mansor, 32, dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik di tingkat atas.

“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarkan...adik juga jerit ibu ditikam, saya terus naik dan buka pintu bilik yang dikunci.

“Saya turun semula ke bawah dan beritahu ayah tentang keadaan ibu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Abid berkata, ketika dia diberitahu, bapanya tidak percaya, sebaliknya cuba mencari ibu di dapur rumahnya.

“Mula-mula ayah cari ibu di dapur, tapi tak ada ... lepas tu ayah ke ruang tamu dan lihat ibu terbaring dan banyak darah akibat tikaman,” katanya.

Kakak tiri Mohd Abid, Nor Alia Arieysa Mohd Shuhaimi, 13, sedih dengan pemergian ibunya itu.

Katanya, tiada sebarang tanda-tanda yang pelik sebelum pemergian wanita itu.

“Pagi tadi masa nak pergi sekolah saya sempat bersalaman dengan ibu dan terkejut bila balik rumah ibu dah tiada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Norhasilah ditemui suaminya yang baru pulang dari mengambil dua anaknya dari sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi selepas menghantar anaknya ke sekolah, manakala suaminya keluar menjual ikan di pasar borong Kemunting, di sini sejak awal pagi lagi.

“Mangsa bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun dan dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah itu. Kita tidak menolak kemungkinan ada berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di perut dan dada menyebabkannya meninggal dunia.

“Hasil siasatan didapati anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun dikurung di sebuah bilik di dalam rumah itu. Dia telah ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun selepas abangnya pulang dari sekolah,” katanya.

Mayat mangsa di bawa ke HTAA untuk bedah siasat.


Beliau berkata, pihak polis sedang menyiasat mengenai motif kejadian itu dan kemungkinan besar ia adalah cubaan samun.

“Kita akan minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri.

“Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM'

Sekianlah artikel [KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] 'ADIK JERIT IBU KENA TIKAM' dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2017/09/kuantan-adik-jerit-ibu-kena-tikam.html

Subscribe to receive free email updates: