TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK

TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK
link : TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK

Baca juga


TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK




Batu Pahat: "Mak, saya tak dapat balik raya nanti sebab nak kerja cari duit banyak-banyak untuk mak." Itulah ungkapan akhir seorang nelayan remaja sebelum hilang di laut selama enam hari dan mayatnya ditemui jam 9.10 pagi tadi. 

Mohd Syami Hasing, 17, hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, jam 1 tengah hari Jumaat lalu sebelum mayatnya ditemui di Perairan Sungai Ayam, di sini, kira-kira 40 batu nautika dari tempatnya hilang. 

Dalam kejadian itu, bot tunda dinaiki bersama tiga rakannya yang lain terbalik akibat dipukul ribut dan angin kencang menyebabkannya hilang manakala tiga rakannya dapat menyelamatkan diri. 

Ibunya, Rosnah Laivah, 61, tidak menyangka pesanan akhir anak bongsunya itu sehari sebelum kejadian yang menyatakan tidak dapat pulang berhari raya kerana mahu mencari wang menjadi kenyataan. Rosnah berkata, dia menyangka anaknya itu sekadar bergurau apatah lagi beliau baharu berpindah ke Endau, Mersing dari Kudat, Sabah untuk bersama anak-anaknya yang lain yang sudah setahun berhijrah ke negeri ini untuk mencari rezeki. 

"Amir (Mohd Syahmi) menelefon saya sehari sebelum kejadian kerana mahu memberitahu tidak dapat pulang ke Endau untuk berpuasa serta berhari raya kerana mahu mencari duit untuk saya. 

"Kami memang miskin dan terpaksa berhijrah dari Kudat ke Johor bagi mencari sinar baharu namun tidak menyangka hajat Amir untuk membahagiakan saya dan keluarganya tidak kesampaian. 

"Apatah lagi mengenangkan dia sanggup tinggal seorang diri menyewa di Pontian dan bekerja sebagai nelayan sejak setahun lalu bagi mencari wang untuk keluarga," katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, hari ini. 

Terdahulu, Rosnah membuat pengecaman ke atas jenazah anaknya itu di unit berkenaan.




Demikianlah Artikel TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK

Sekianlah artikel TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2017/05/tak-dapat-balik-raya-cari-duit-untuk-mak.html

Subscribe to receive free email updates: