[KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN

[KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN
link : [KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN

Baca juga


[KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN


Ransomware


Penyebaran berita berhubung dakwaan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank akan ditutup disebabkan serangan Ransomware tidak benar, sebaliknya ia jelas satu penipuan yang mengundang panik dalam kalangan masyarakat.

Malah turut ditularkan kononnya beberapa hotel di Kuala Lumpur dijangkiti serangan malware itu juga tidak berasas.

Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Mustaffa Ahmad berkata, orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya pesanan, pautan, imej atau video berhubung serangan


Ransomware yang tular melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter.

Menurutnya, orang ramai perlu semak kesahihan sesuatu berita diterima sebelum sebarang tindakan diambil atau ditularkan kepada pihak lain.

“Kita kena jadi warga digital yang bertanggungjawab, beretika dan amalkan penggunaan teknologi secara positif.

“Jangan klik pautan atau lampiran yang diterima melalui e-mel dari pihak tidak dikenali sekiranya isi kandungannya mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kesedaran Keselamatan Siber untuk pelajar dan ibu bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini, semalam.

Menurutnya, Ransomware bukan ancaman baharu sebaliknya ia wujud sejak 1986 dan ia menjadi ancaman siber bermula 2005.

“Ia sebenarnya perisian ’jahat’ yang direka untuk menjangkiti sistem komputer atau peranti mudah alih tanpa disedari.

“Fungsinya bagi tujuan mengintip dan mencuri data, memeras ugut, memadam data dan menjejaskan sistem komputer,” katanya.

Beliau berkata, serangan Ransomware mengejutkan dunia apabila malware dikenali sebagai WanaCrypt0r 2.0 menjangkiti sistem telekomunikasi di Sepanyol dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di United Kingdom pada 12 Mei lalu.

“Ia juga turut menjangkiti kebanyakan perkhidmatan kesihatan di seluruh dunia dan disedari pada hari sama,” katanya.

Justeru beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati terhadap sebarang berita tersebar dan semak mesej mencurigakan.

“Sebarang kejadian melibatkan keselamatan atau serangan siber perlu dilaporkan kepada pusat Bantuan Cyber999 melalui email, cyber999@cybersecurity.my atau talian 1-300-88-2999.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] WASPADA MESEJ, PAUTAN MENCURIGAKAN dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2017/05/kuantan-waspada-mesej-pautan.html

Subscribe to receive free email updates: